Thursday

Taska Oh Taska...Tolong Jaga Amanah Kami Dgn Sebaiknya....

Ya Allah, sedih betullah bila baca kat surat2 kabar...cite2 mengenai perihal taska ni....macam2 hal...risau betul...Amir pun dihantar di taska...ummi harap dan mintak simpang dari sebrg perkara tdk diingini dari berlaku...

teringat pulak dgn baby fitri yg ummi jumpa masa amir admitted di ampang puteri aritu..perihal jatuh ditaska (dan tidak diinform kpd parentsnya) dia diagnosed ada crack di tengkorak kepalanya...kata Doktor, itu kesan dari jatuh...ya Allah, selamatkan lah fithri ... dia comel sgt...tak sggup ummi bygkan baby secomel tu nk dioperate kepalanya..ya Allah lindungilah dia...

di wad yg sama, ramai baby2 yg sakit dan mostly di letak di taska2...tmsuk lah amir...sejak dua menjak tinggal di taska...dia pun kerap sakit..demam jarang nk kebah...dan kalau demam mesti dlm jgkamasa yg lama....ya Allah Kau lindungilah juga anak kesygnku....

tp yg paling menyayat hati....ada sorang baby kat wad sebelah ddukung oleh ibunya kesana kemari dgn satu tiub melekat di kepala...tempurung kepalanya tpksa ditebuk utk keluarkan darah beku kesan dari terjatuh di taska...

taska! taska! taska!

tlglah jaga amanah kami ini dgn baik...anak2 tu amat bernilai bagi kami...klu kami mintak tlg ke, lainlah...ni kami bayar, mahal lak tu....ratus2an...tgk2 jga anak kami nak tak nak je...atau sekadar melepaskan batuk ditgga....mgkin bkn smua taska mcm ni...ada yg betul2 mjaga amanah...tp kan bagus kalu smua taska memegang amanah dan jalankan tgjwb mreka mengasuh dan melindungi anak2 ini dpt disempurnakan dgn jayanya...barulah kami dpt pergi kerja dgn hati yg senang....Ya Allah Kau lindungilah smua anak2 kecil di dunia ini....amin....
cuba baca cite kat bawah ni...credit to MyMetro...


TAMPIN: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut dipercayai akibat tercekik bebola ikan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Cantik di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin kira-kira 50 meter dari taska itu untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Sumber berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik dihantar ke taska berkenaan oleh ibunya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 7.30 pagi untuk dijaga pengasuh berikutan ibu dan bapanya bekerja.


“Bayi itu tiba-tiba tercekik bebola ikan sebesar ibu jari yang dibelah dua menyebabkan dia terjatuh sejurus selepas itu.


“Pengasuh yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.


Difahamkan, pihak berkuasa mengenal pasti bagaimana bayi itu boleh tercekik bebola ikan yang menjadi antara menu makanan pagi di taska itu, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, ketika ditemui di perkarangan Hospital Tampin, berkata dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi isterinya kira-kira jam 11.15 pagi memaklumkan kejadian menimpa bayi mereka.


“Saya terima panggilan daripada isteri (Nur Azita Ibrahim, 31,) memberitahu tubuh anak kami dalam keadaan kebiru-biruan dan sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.


“Sebaik tiba, pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat tercekik bebola ikan,” katanya kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Rembau itu.

Dia kesal dengan kecuaian pengasuh terbabit menyediakan sarapan bercampur bahan sebesar ibu jari dan diberikan kepada bayi sekecil anaknya.


Katanya, jenazah anaknya dibawa pulang ke kampung asalnya di Marang, Terengganu untuk dikebumikan.


Berikutan itu, Wan Arif Fadhla membuat laporan di Balai Polis Tampin kira-kira jam 12 tengah hari.


Sementara, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Hooi Cheng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.


Menurutnya, polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk merakamkan keterangan.


Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah ketika dihubungi, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian itu.


Katanya, mengikut rekod JKM, walaupun taska terbabit sudah beroperasi sejak beberapa lama, pihak pengurusan baru saja memohon untuk didaftarkan dan kini masih dalam proses.

No comments: