Welcome to Amir Darwisy's Ummi's Diary ~Albert Einstein~ There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.
Sunday
Lindsay Lohan Marah Blogger! Adei..apa da?
Pelakon utama filem ‘Mean Girls’ ini menyelar tindakan seorang blogger dalam talian di Hollywood, Perez Hilton, selepas menuduhnya menerima bayaran untuk tampil di acara-acara di Los Angeles dalam bentuk wang tunai. Insiden ini membuatkan Lohan yang juga seorang penyanyi meluahkan rasa marah dan melemparkan kata-kata tidak puas hatinya kepada blogger terbabit dalam salah satu responsnya di laman sesawangnya, Twitter.com.
Katanya “Kenyataan anda (Perez Hilton) mengenai saya adalah tidak benar. Fitnah yang dilemparkan ini terlalu keji”. Tambahnya, “Saya pasti, dialah sebenarnya yang berkelakuan seperti itu. Sepatutnya tiada seorang yang waras akan berfikiran kotor seperti ini dan bertindak kejam kepada orang lain. Saya cuba untuk tidak memberikan apa-apa komen berkenan hal ini tetapi tuduhan ini sudah melampaui batas. Kerana itu saya terpaksa tampil ke hadapan untuk membetulkan keadaan dan mempertahankan maruah saya”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment