Friday

Rahsia dan Khasiat Lemon

Salam, Dear Ol,
hik hik hik...ngeri ada kelakar pun ade tgk pic kat sebelah nikan?

nilah buah lemon stylo namanye!!! :P

ok..jes lemme go straight to the topic...

Buah Lemon?
Masam, pahit...wangi...itulah buah lemon...tp masyarakat malaysia ni terutama sekali bgsa melayu ni jarang menggunakan buah lemon dalam masakan atau sebagai makanan yg di ambil seharian...

kita kerap guna limau nipis, limau kasturi, asam jawa sbg penambah perisa esp yg masam dlm mknan..knapa eh? mgkin sbb harga lemon ni agak tinggi leh mencecah rm3.50 sebijik tau...tp tahu tak u ol smua yg buah lemon ni mmpunyai khasiat yg tinggi...

Ummi dlu wktu tgh berdiet sblm kawin pernah cuba berdiet dgn guna lemon ni...tiap2 pagi..lps bangun tdo...ummi akan perah sedikit jus hirisan lemon ke dalam air suam gelas besar...dan diminum smpai abis...jgn risau! takkan kene gastrik wlupun ianya masam sbb diambil dlm kuantiti sedikit....ummi terbaca yg lemon ni ada kuasa mengikis lemak2 degil dlm badan dan juga selulit...dan ummi mmg bjaya time tu...dari 61kg akhirnya dlm masa 3 bln ummi amalkan cara tu plus exercise simple yg consistent akhirnya ummi berjaya turunkan berat bdn ke 51kg so masa kawin tu...wowieeeeeeeeeee....mcm kerengga la pinggang ummii...hhehehe...tp itu smua nya sejarah hehehhe...pas deliver...abis smua...takpe...ummi akan start balik diet buah lemon ni .... utk yg nk menten kan weight pun leh amalkan minum jus hirisan lemon setiap hari dlm minuman k...ok jom kt tgk sikit fakta ttg khasiat lemon!

Walaupun ada fakta yg mengatakan lemon menambahkan selera makan, tp jgn risau krn serat fiber nye tinggi yg juga membantu dlam sistem pneghadaman... dun wori!

LEMON, antara pokok buah-buahan tertua yang berasal dari India, kini tumbuh meluas di kawasan iklim subtropika di seluruh dunia terutama Florida dan Mediterranean.

Biarpun buah lemon dan jusnya terasa masam dan berasid, tetapi ia mampu bertindak sebagai alat penampan kepada badan serta mengurangkan lebihan asid di dalam perut.

Malah, jus dan kulit lemon berkesan sebagai antiseptik selain daun pokok lemon yang boleh digunakan untuk mengurangkan panas akibat demam.

Melengkapkan lagi kebaikan lemon, buah tersebut juga kaya dengan vitamin C yang diketahui umum mampu menguatkan sistem imun badan dan bertindak sebagai antioksida dalam melindungi sel daripada rosak.

Tanpa disedari, jus daripada satu biji buah lemon sahaja mampu menyumbang sebanyak 33 peratus daripada keperluan vitamin C dalam kehidupan harian manusia.

Manakala satu sudu besar perahan kulit limau mengandungi 13 peratus vitamin C dan jika diambil kedua-duanya, ia sudah lebih daripada memadai untuk keperluan harian manusia.

* Kesan terapeutik

Jika digunakan untuk fungsi dalaman badan, lemon mempunyai kesan tindakan anti rangsangan. Ia juga membantu membersihkan dalaman badan dengan meningkatkan pengeluaran peluh dan memudahkan air kencing dikumuhkan.

Pada masa yang sama, lemon juga dapat merangsang selera, selain membantu penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kekejangan serta memberikan kesegaran secara menyeluruh.

Namun andai digunakan secara luaran, lemon mampu mengembangkan saluran darah dalam kulit.

* Komponen dalam lemon

Selain kaya dengan vitamin C, lemon juga mengandungi pektin dan sebahagiannya adalah pati minyak limonene, alpha terpinene, alpha pinene, beta penene dan bioflavonoids yang membantu menguatkan dinding-dinding kapilari.

Pati minyak tersebut diperoleh daripada kulit limau yang merangsang aliran cecair limfa.

* Tingkatkan vitamin C

Jika ingin meningkatkan lagi pengambilan vitamin C, apa yang perlu dilakukan hanya mengambil sebiji lemon setiap hari.

Kesannya, hanya dengan beberapa minit, vitamin tersebut sudah mengalir di seluruh badan dan tubuh akan mula merasai peningkatan dalam pencapaian dalam keupayaan diri dan berasa lebih tenang.

* Serapan zat besi dan kalsium

Lemon merangsang pengeluaran enzim dan jus pencernaan di selaput nipis di dalam perut yang akhirnya membantu meningkatkan serapan zat besi dan kalsium melalui makanan yang diambil dan pemakanan tambahan.

* Pembasmi kuman saat kecemasan

Mungkin tiada siapa menyedari bahawa jus lemon boleh digunakan sebagai pembasmi kuman pada luka-luka kecil termasuk di mulut dan kerongkong.

Apa yang perlu dilakukan hanya menyapu sedikit jus tersebut pada kawasan luka berkenaan atau berkumur-kumur beberapa kali sehari.

* Melegakan sakit tekak dan serak

Cuba resipi ini. Perah sebiji lemon dan campurkan jus perahan itu dengan secawan air panas. Kemudian berkumur-kumur dengan air tersebut sebanyak tiga kali sehari.



Credit to Utusan Malaysia Online






















1 comment:

Dr Akbar Abdullah said...

Artikel yang menarik. Memang buah lemon mempunyai banyak kandungan Vitamin C yang boleh bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas seperti kanser. Selain itu, kandungan asid sitrus di dalam buah lemon juga boleh membantu untuk meneutralkan keasidan badan.