Monday

Meningioma = Ketumbuhan/Tumor Otak


Sumber: Majalah Mingguan Wanita (Bil 1285, 4-10 Julai 2008), m/s: 44)

Kelolaan: Khairun Nisa Ishak, Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)

Tumor Otak merupakan ketumbuhan yang berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya, ia boleh diklasifikasikan sebagai:



Tumor Benigna (Bukan Kanser)

Tumor ini tumbuh secara perlahan-lahan dan ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan. Jika tumor ini berjaya dibuang, ia tidak lagi menimbulkan apa-apa masalah. Walaubagaimanapun, jika tumor itu terletak berdekatan dengan mana-mana struktur otak yang penting, ia boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kerana sesuatu ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi atau boleh mengancam nyawa. Kadangkala, ia menimbulkan kesulitan untuk dibuang kerana kedudukannya itu.



Tumor Malignan (Kanser)

Sel-sel ketumbuhan ini berkemampuan untuk merebak ke bahagian-bahagian yagn lain (kanser). Ia menyerang dan merebak dengan begitu cepat. Tetapi, tumor otak malignan ini jarang sekali merebak keluar dari sistem saraf pusat.

Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ia berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:

Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari.
Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.
Sakit kepala yang menjadi teruk ketika batuk , bersin dan menunduk.
Perubahan tingkah-laku seperti sikap ‘tidak apa’, hilang ingatan, hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak. Ini kerana, setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu badan. Jadi, apabila terdapat tumor di sesuatu bahagian, maka ia akan mempengaruhi keupayaan fungsi di bahagian tersebut.

Bagi sesetengah kes, jika pesakit terjatuh ia boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. Pengesanan dan rawatan awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala masih berterusan, berjumpalah doktor pakar neorologi atau doktor pakar kanser.

Bayi yang menghidap kanser, selalunya menunjukkan gejala-gejala berikut:

·Ubun-ubun membonjol (bukaan yang terdapat pada tengkorak disebabkan oleh proses penulangan yang tidak lengkap).

· Lilitan kepala membesar

· Tidak terdapat refleks merah di dalam mata.

Dikalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:

Loya dan muntah.

Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.

Gangguan makan.

Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.

Perubahan gaya berjalan (berjalan terincut-incut), atakasia (terhuyung hayang).

Kesukaran untuk berjalan.

Keletihan dan terasa lemah badan.

Peningkatan berat badan.

Perubahan pada endokrin.



Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan gejala seperti berikut:

Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
Epilepsy (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
Gangguan percakapan.
Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemerosotan proses mental.
Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi)
Hilang daya imbangan terutama jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kebebasan sebelah badan.
Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.


Dua kategori tumor otak adalah:

Tumor otak primer tumor ini berasal atau tumbuh dari otak. Ia bermula dan terbentuk di dalam otak dan mungkin merebak ke kawasan-kawasan berdekatan.



Tumor otak sekunder (dikenali juga sebagai metastatik) -

Ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit. Ia boleh merebak melalui saluran darah ke otak untuk membentuk tumor otak sekunder.



Selesema Burung.

Penyakit selesema burung pernah mengemparkan dunia, malah rakyat Malaysia juga tidak terkecuali berisiko terkena penyakit ini. Bagaimana penyakit ini boleh merebak dan siapakah antara yang berisiko untuk terkena penyakit ini? Ikuti beberapa fakta di bawah:



Siapa yang berisiko?

Mereka yang bekerja di ladang ternakan ayan, itik burung yang berkemungkinan telah dijangkiti.

Mereka yang mempunyai kontek terus dengan haiwan yang dijangkiti.

Mereka yang mengendalikan pemusnahan ayam, itik, burung yang berpenyakit.

Virus juga boleh didapati pada kulit telur yang tercemar najis haiwan ternakan seperti yang disebutkan.



Cara perlindungan terbaik.

Amalkan cara penternakan haiwan yang selamat seperti menggunakan penutup mulut dan hidung, sarung tangan, apron dan but.

Selalu membasuh tangan dengan air yang bersih setiap kali selepas mengendalikan haiwan ternakan.

Amalkan lain-lain peraturan kawalan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Bagi yang ingin melawat negara yang dilanda wabak selesema burung, setakat ini pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak membuat sebarang sekatan untuk melawan untuk melawat ke negara-negara yang terlibat. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya tidak melawat ladang ternakan ayam, itik, burung atau pasar basah di negara tersebut.

Pengendalian daging ayam atau produknya yang dijual di pasaran yang telah dibersihkan dan dimasak dengan sempurna adalah selamat. Semua produk tersebut termasuk telur perlu dimasak sebelum dimakan. Jadi, tidak perlulah anda menggelakkan diri daripada makanan kesukaan anda ini.

No comments: