Sunday

OMG!!! He is sooooo TIGER!!!




FLORIDA: Kecederaan dialami Tiger Woods akibat dipukul isterinya dikatakan serius sehingga jaguh golf dunia itu memerlukan pembedahan bagi membetulkan wajahnya.

Wartawan sukan dihormati di Amerika Syarikat, Furman Bisher, berkata tulang pipi Woods retak dipukul kayu golf, manakala dua gigi depannya hampir tercabut.

Menurut wartawan golf terbaik AS itu, kecederaan dialami Woods punca sebenar dia mengelak tampil di tempat awam sejak keretanya terbabas secara misteri di depan rumahnya di Windemere pada 27 November lalu.

“Maklumat ini diperoleh daripada rakan kepercayaan ejen Woods, Mark Steinberg,” katanya semalam.

Dalam blognya, Bisher berkata, sebelum kemalangan itu berlaku, Woods, 33, berbalas mesej pesanan ringkas (SMS) dengan perempuan simpanannya, Rachel Uchitel, 33, sebelum keluar rumah untuk bermain terup.

“Woods tertinggal telefon bimbitnya di rumah,” katanya.

Sejurus kemudian, isteri Woods, Elin Nordegren, 29, terbaca SMS itu.

Katanya, kepulangan jaguh golf tengah malam itu disambut dengan kemarahan dan kedua-dua mereka bertengkar.

“Woods duduk di kerusi di ruang tamu dan Elin yang duduk di depannya mendesak atlit terbabit berterus terang kepadanya.

“Woods berdegil dan menafikan semua kecurigaan Elin, malah pada satu ketika, dia tidak mengendahkan isterinya dan menonton televisyen.

“Tiba-tiba, apabila Woods menoleh melihat Elin, isterinya menghayun kayu golf dan terkena pipi kanannya,” katanya.

Pukulan itu, kata Bisher, menyebabkan mukanya cedera, manakala hidungnya lebam, dua gigi atasnya patah dan tulang atas pipi kanannya juga patah.

“Woods lintang-pukang keluar dari rumah sambil Elin terus menghayun kayu golf itu sehingga ke garaj,” katanya.

Apabila Woods cuba memandu keluar, Elin menghentam tingkap kereta itu.

Untuk mendapatkan rawatan, Woods terpaksa menaiki pesawat peribadi bertemu pakar pembedahan plastik dan kosmetik gigi di Phoenix, Arizona.

Difahamkan, itu punca Woods gagal hadir dalam tiga pertemuan diatur polis Florida. – Agensi

No comments: